Studio Permainan Elektronik (e-sport) PlayStation dan XBOX #1 Parit Buntar
Memaparkan catatan dengan label PlayStation 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PlayStation 4. Papar semua catatan

Rabu, 15 November 2017

FIFA tidak lagi dikeluarkan setiap tahun

FIFA 18 merupakan siri terbaru permainan video bola sepak keluaran Electronic Arts (EA) dan sepertimana yang kita tahu syarikat pembangun itu akan menawarkannya secara tahunan.

Bermula sejak tahun 1993 lagi dengan FIFA International Soccer (FIFA 94), setiap tahun siri permainan kesukaan ramai itu akan hadir dengan beberapa pembaharuan.

Berdasarkan temubual bersama Bloomberg, CEO EA, Andrew Wilson menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak akan mengeluarkan permainan itu secara tahunan lagi.

Ia bukanlah bermaksud mereka mahu menghentikan terus siri permainan tersebut, tetapi menambah baik format penawaran kepada para pengguna. Jika sebelum ini kita perlu membeli CD permainan itu setiap tahun untuk merasai pembaharuan, kini mereka bercadang untuk menawarkannya secara langganan awan (cloud gaming) supaya setiap kemaskini baru boleh ditawarkan terus kepada pengguna.

Dengan cara ini, pengguna tidak perlu menunggu lama kerana setiap kali tutupnya jendela perpindahan, EA akan terus menawarkan kemaskini pemain yang terkini.

Selasa, 14 November 2017

Taiko no Tatsujin kini di Play & Joy Studio!


Peminat permainan arked sudah pasti mengenali permainan ini. Kalau singgah pasaraya AEON mesti ternampak set permainan gendang Taiko no Tatsujin di bahagian kanak-kanak. Mesti nak main bukan?

Kini, Bandai Namco Entertainment memperkenalkan Taiko no Tatsujin: Drum Session! untuk platform PlayStation 4.



Permainan ini sudah menjengah Play & Joy Studio sejak penghujung Oktober lagi. Terdapat pelbagai pilihan lagu seperti Frozen, PPAP, Doraemon dan banyak lagi.

Kami hanya mengenakan cas RM0.50 sahaja untuk setiap lagu. Promosi ini sehingga 31 Disember 2017.

Dum! Dum! Dum!

Rabu, 1 November 2017

Grand Theft Auto V permainan video ketiga terlaris sepanjang zaman


Sejak dipasarkan kepada umum pada September 2013, Grand Theft Auto V (GTAV) telah terjual sebanyak 85 juta unit.

Hal ini menjadikan permainan video terlaris ini berada di tangga ketiga selepas Tetris (170 juta) dan Minecraft (122 juta).

Sehingga hari ini, kandungan dan kemas kini GTAV masih aktif.

Adakah GTAV mampu menyaingi Minecraft dalam tempoh terdekat?

Iklan

Saya suka main permainan video bergenre ..........

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Play & Joy Studio | Powered by Blogger
Design by Viva Themes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com