FIFA 18 merupakan siri terbaru permainan video bola sepak keluaran
Electronic Arts (EA) dan sepertimana yang kita tahu syarikat pembangun
itu akan menawarkannya secara tahunan.
Bermula sejak tahun 1993 lagi dengan FIFA International Soccer
(FIFA 94), setiap tahun siri permainan kesukaan ramai itu akan hadir
dengan beberapa pembaharuan.
Berdasarkan temubual bersama Bloomberg, CEO EA, Andrew Wilson menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak akan mengeluarkan permainan itu secara tahunan lagi.
Ia bukanlah bermaksud mereka mahu menghentikan terus siri permainan tersebut, tetapi menambah baik format penawaran kepada para pengguna. Jika sebelum ini kita perlu membeli CD permainan itu setiap tahun untuk merasai pembaharuan, kini mereka bercadang untuk menawarkannya secara langganan awan (cloud gaming) supaya setiap kemaskini baru boleh ditawarkan terus kepada pengguna.
Dengan cara ini, pengguna tidak perlu menunggu lama kerana setiap kali tutupnya jendela perpindahan, EA akan terus menawarkan kemaskini pemain yang terkini.

0 ulasan:
Catat Ulasan